Tips Hadapi Anak Demam

Tips Hadapi Anak Demam

 Image may contain: 1 person

Dengan cuaca yang tidak menentu, sekejap panas sekejap hujan, dan tanpa diduga anak demam.
Sebagai ibu bapa dah tentu kita risau bila badan anak tiba-tiba panas, hendak pula di tengah-tengah malam.
Di sini, saya nak kongsi tips yang saya pernah guna pada anak saya ketika demam berumur 6 bulan. Antara tips yang saya dilakukan ketika anak demam adalah:

1- Bila ada anak kecil ni, benda utama yang kita perlu ada adalah termometer. Boleh dibeli di farmasi atapun 'online store'.

2- Bila badan anak tiba-tiba panas, terus sukat suhu pada celah ketiak. Suhu badan normal antara 36.5- 37.2 °Celsius. Jika suhu meningkat dari normal (melebihi 37.5 °Celsius menunjukkan badan mempunyai tanda-tanda demam.

3- Jika demam, basahkan tuala bersih dengan air suam dan lapkan ke seluruh badan anak. Basahkan sedikit kepala dan rambut anak dan tuamkan dahi dengan tuala basah.
(Jangan gunakan air sejuk kerana suhu akan meningkat dengan lebih cepat). Buat berulang-ulang agar suhu badan cepat turun.

4- Pakaikan anak dengan baju yang nipis dan jangan selimutkan anak supaya suhu panas mudah keluar dari badan.

5- Kerap bagi anak minum air kosong dan susu. Minum air dan susu yang banyak supaya anak kerap buang air. Ini akan mengeluarkan suhu panas dari badan.

Biasanya pada hari pertama demam saya tidak berikan ubat (jika suhu badan bawah 38°Celsius.
Mengikut kajian, demam akan mencetuskan sistem pertahanan badan anak untuk mengeluarkan antibodi secara semulajadi untuk melawan penyakit.
Dan biasanya lepas 2 hari demam akan baik sendiri.

Tapi harus INGAT, terus mendapatkan rawatan doktor jika:-

Anak masih demam selepas 3 hari
Anak berumur dibawah 6 bulan dan suhu melebihi 38°Celsius
Suhu melebihi 39°Celsius bagi anak 6 bulan dan keatas.
Demam beserta batuk dan selsema lebih dari 2 hari dan berwarna hijau/ kuning

MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI MERAWAT

Selain itu, saya juga telah mencuba alternatif lain, iaitu dengan menggunakan balm Cf-Rub daripada Tasneem Naturel yang sangat membantu untuk menurunkan suhu badan anak-anak ketika demam. Selain itu Cf-Rub juga membantu melegakan batuk, selsema dan kahak. Lebih cepat, mudah dan InsyaAllah berkesan. Anda juga boleh membaca dengan lebih lanjut Cara Semulajadi 100% Merawat Batuk Selsema Bayi.





Comments