Pengalaman Minum Air Gula Masa Hamil


Pengalaman saya minum air gula adalah semasa hamil anak kedua dan anak ketiga yg bakal lahir tak lama lagi. Terkejut juga masa mula-mula disuruh minum air gula masa hamil anak kedua. Semasa hamil anak ketiga ni Alhamdulillah dah faham kenapa perlu minum air gula. Syukur juga sebab berjaya minum air gula ni tanpa terkeluar semula eheheh.

Minum air gula (Ujian Toleransi Glukosa – GTT) ni adalah perkara yang paling preggy mom tak suka masa pergi checkup😅 Macam-macam perasan ada time minum tu. Rasa nak terkeluar semula, nak termuntah, dan rasa tak sanggup nak habiskan sebab manis ya amat😖🤢. Walaubagaimanapun terpaksalah habiskan juga untuk kebaikan mama dan baby dlm perut

Tujuan minum air gula ini adalah untuk memeriksa sama ada preggy mom ada kencing manis atau pun tidak. Macam mana dengan minum air gula ni dapat detect kencing manis? 

Teori ujian minum air gula (GTT)

Kencing manis terjadi apabila badan kita tidak dapat memproses gula berlebihan. Dalam keadaan normal gula akan dicerna menjadi glukosa oleh insulin dalam badan kita. Glukosa amat penting sebagai sumber tenaga untuk sel dalam tubuh badan kita. Jika glukosa berlebihan, insulin akan menukarkan glukosa kepada glikogen untuk disimpan dalam hati dan sel-sel otot

Insulin merupakan hormon yang berfungsi mengawal paras atur gula dalam darah. Jika kita mempunyai kencing manis, insulin akan menjadi kurang reaktif ataupun kurang dihasilkan. Jadi akan berlakunya glukosa berlebihan di dalam darah.

Oleh itu, tujuan kita minum air gula tu sebenarnya untuk ‘test’ sama ada insulin dalam badan kita boleh berfungsi dengan baik ataupun tidak. Jika insulin berfungsi dengan baik, selepas 2 jam minum air gula, paras gula atau glukosa dalam darah masih akan normal, sebaliknya jika insulin bermasalah, paras gula akan naik selepas minum air gula dan ini mungkin menunjukkan kita mempunyai kencing manis (diabetes) ketika hamil.

Itulah tujuannya kenapa preggy mom diminta minum air gula semasa hamil, iaitu utk mengenalpasti sama ada preggy mom mengalami masalah penyakit kencing manis atau pun tidak. Ujian air gula ni akan dilakukan sebanyak 2 kali oleh preggy mom iaitu pada usia awal kandungan dan pada usia antara 24-28 minggu.

Siapakah preggy mom yang disarankan untuk minum air gula ni? 

Preggy mom yg disarankan untuk minum air gula ini mempunyai salah satu faktor-faktor berikut:

1.      Indeks Jisim Badan (BMI) adalah 30 ataupun lebih

2.      Sejarah kelahiran bayi besar, melebihi 4 kg ataupun lebih

3.      Sejarah kandungan yang mempunyai Diabetes ketika mengandung

4.      Ibu bapa, adik-beradik yang juga mempunyai Diabetes.


Persediaan dan cara-cara minum air gula

Malam sebelum minum air gula preggy mom jangan lupa puasa ye. Jam 10 mlm dah perlu stop makan dan minum air, kecuali minum air kosong atau mineral sedikit sahaja. Esok pagi pastikan pergi ke klinik awal supaya tidak menahan lapar yg lama. Sebelum minum air gula nurse akan ambil darah pertama dahulu. Selepas minum air gula, tunggu selama 2 jam utk ambil darah kali ke 2. Kemudian barulah preggy mom boleh makan…time ni memang berselera sangatlah sebab lapar giler ehehe.

Secawan air gula yang perlu dihabiskan untuk ujian GTT


Jom saya nak share sikit cara saya minum air gula supaya tak terkeluar balik hehehe. Jika termuntah atau terkeluar balik memang kena minum semula tau dari awal. Part untuk habiskan air gula ni yang paling menyiksakan untuk preggy mom. Cara saya minum air gula ni adalah dengan cara meneguk lebih sedikit air gula tersebut dan terus telan cepat-cepat tanpa merasa kemanisannya. Then, berehat sekejap untuk menghilangkan rasa yang manis itu. Selepas seminit dua, teguk lagi. Ulang sampai air gula habis😅 Biasanya di klinik kerajaan air gula yang diberi tidak berperisa dan sedikit suam. Ada juga yang berperisa oren di klinik swasta. Preggy mom boleh juga ikuti teknik dari sumber FB 9 bulan 10 hari di bawah ni👇👇


                                                                       Sumber: FB 9 Bulan 10 Hari


Kepentingan kawalan gula dalam darah sewaktu hamil

Kawalan glukosa dalam darah adalah sangat penting untuk preggy mom sejak diperingkat awal kehamilan untuk mengelakkan sebarang masalah seperti saiz bayi besar mengakibatkan sukar untuk bersalin normal, keguguran, kelahiran pra matang, masalah tulang belakang dan jantung, serta kematian bayi secara tiba-tiba dalam kandungan. Bagi masalah pada preggy mom yang diabetes pula, sentiasa kerap kencing, sering lapar dan dahaga, kenaikan berat badan mendadak, dan jika paras glukosa dalam darah semakin tinggi, berat badan boleh menurun.


Langkah-langkah pencegahan

Untuk langkah-langkah pencegahan,  setiap wanita yang ingin hamil mestilah berusaha untuk menjaga kesihatan dari peringkat "sebelum hamil" lagi. Jalani hidup yang sihat, lakukan pemeriksaan kesihatan, pastikan tiada kencing manis, darah tinggi dan masalah tiroid misalnya.

Pastikan berat badan sesuai dengan ketinggian. Jika preggy mom sudah sememangnya seorang pesakit kencing manis, dapatkan nasihat doktor untuk menstabilkan glukosa dalam darah, menjaga pemakanan, menjalani senaman yang sesuai, berhenti dari aktiviti tidak sihat seperti merokok dan sebagainya. Doktor juga akan menasihati mengenai senarai ubat-ubatan yang selamat diambil ketika hamil.


Kesimpulannya

Jika preggy mom hamil di usia 25 tahun ke bawah dan tidak mempunyai risiko untuk kencing manis, preggy mom tidak perlu untuk minum air gula. Bagi preggy mom yang lain, nampaknya pilihan yang bijak adalah untuk cekalkan hati dan jalani ujian GTT ini.

Untuk mengawal penyakit kencing manis ini, setiap preggy mom perlulah menjaga pemakanan yang sihat. Preggy mom yang teringin nak makan manis-manis atau ice cream boleh cuba kudap-kudap sihat by Cookiddos dan ice cream berasaskan buah-buahan sebenar Ice Bars Pops Malaya. Untuk mengamalkan pemakanan sunnah yang boleh bantu tambah tenaga dan stabilkan gula dalam darah boleh amalkan kurma ajwa dan buah tin setiap hari.

 

Sumber rujukan:

1. Dr. Norintan Binti Zainal Shah, Consultant Obstetrics & Gynecologist Columbia Asia Hospital, Seremban

2. Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Registrar Obstetrik & Ginekologi, Selangor. The Malaysian Medical Gazette

3. Klinik Kesihatan Bandar Tenggara, Kulai, Johor

4. Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Kuala Lumpur

5. FB 9 Bulan 10 Hari


Comments

Post a Comment