Energi Anak VS Amukan

Energi Anak VS Amukan

 Image may contain: 2 people, people smiling, child and outdoor


Throwback naik Cabel Car Langkawi, January last year. Tersenyum tengok gambar ni. Kesian Fayyadh nangis semahu-mahunya sebab kena kacau dengan abang. Firas pula, gelak je, muka nampak macam tak bersalah langsung😅. Adoila Firas suka betul usik adik die🙄
Sekarang Firas dah besar dan banyak mengalah dah dengan adik. Kadang-kadang mama tanye kenapa Firas bagi mainan semua kat Fayyadh. Die jawab, "Eh mama, Firas kan dah besar kene mengalah!"😁. Lega mama. Tapi kadang-kadang ada juga waktu die tak nak mengalah😅. Takpe yang penting Firas dah faham dah apa maksud mengalah. Mengalah untuk memperbaiki situasi. Mengalah bukan bererti kalah!

Pernah tak ibu bapa mengalami masalah seperti ini? Anak suka kacau adik-beradik lain?

Anak kita adalah jasad yang penuh dengan tenaga. Tenaga yang tak disalurkan dengan betul akan menyebabkan anak kita :
🚫 Meragam
🚫 Memberontak
🚫 Menangis tanpa sebab
🚫 Gelisah
🚫 Kacau adik beradik yang lain
🚫 Dan lain lain


Itulah kenapa :
✔️ Kita kena salurkan ( channelling ) tenaga anak kita
✔️ Cara termudah adalah dengan membuatkan suasana rumah kita tu sesuai untuk anak berlari dan aktif ke sana ke sini (belilah satu trampoline atau pun punching bag kat rumah tu supaya anak kita ada cara untuk "channel-kan" tenaga mereka 😊)
✔️ Dan selalu bawa anak bersenam bersama sama

Contoh Aktiviti yang Boleh Dilakukan untuk Salurkan Tenaga Anak-anak

 1. Menyediakan trampoline di rumah







Image result for trampoline anak murah

 2. Menyediakan punching bag di rumah
Image result for boxing anak-anak

3. Menyediakan kawasan persekitaran rumah yang bebas untuk anak berlari ke sana sini



Image result for anak boleh bermain dalam rumah

4.  Selalu bawa anak-anak ke taman permainan atau jogging bersama

 Image may contain: 3 people, including Ahmad Nazri Ismail, people smiling, outdoor

Jom belajar lebih mendalam lagi tentang ilmu Parenting. Klik je link ni untuk belajar 👇
t.me/NotaTaufiqRazif

Kredit: Nota Parenting Taufiq Razif

Comments