Cara Semulajadi 100% Merawat Batuk Selsema Bayi

Cara Semulajadi 100% Merawat Batuk Selsema Bayi

Image result for bayi selsema

"GERAM DENGAR BUNYI KAHAK DALAM DADA BABY TAK HILANG? RISAU NAK BALIK KAMPUNG MASA CUTI SEKOLAH NI? TAKUT JANGKIT DENGAN ANAK ORANG LAIN PULA? NAK BUAT APA LAGI PUN TAK TAHU?"

Pernahkah anda mengalami situasi seperti di atas? Ada ibu bapa tidak sanggup memberikan anak ubat batuk kerana anak masih bawah usia 2 tahun. Disini saya ingin kongsikan beberapa petua yang sangat berguna untuk diaplikasikan sebagai rawatan alternatif yang kita boleh lakukan di rumah tanpa menggunakan rawatan dan ubat dari hospital. Walaupun batuk dan selsema biasa berlaku dan akan membantu meningkatkan sistem imunisasi bayi tetapi kita juga perlu risau dan harus mengambil langkah segera supaya tidak menjadi lebih teruk. Berikut adalah beberapa cara rawatan semulajadi untuk merawat selsema bayi:

1. TEPUK PERCUSSION

Tepuk bahagian belakang badan bayi dengan menggunakan tangan yang melengkung. Lakukan tepukan ini seperti kita mahu bayi sendawa selepas menyusu. Jangan menepuk pada tulang belakang bayi. Tulang belakang mereka masih belum kuat. Tepuk percussion ini bertujuan untuk melonggarkan kahak dan memudahkan pengeluaran kahak.

Image result for tepuk percussion

2. PEMAKANAN IBU

Untuk ibu yang menyusukan anaknya, diet harian ibu adalah sangat penting. Ibu perlu lebih selektif terutamanya dengan makanan manis yang akan merangsang pengumpulan mukus. Ambillah makanan yang berkhasiat terutamanya sayur-sayuran hijau.

3. MINYAK BAWANG PUTIH

Bakar satu labu bawang putih bersama kulitnya dan tambah minyak masak/ zaitun/ bayi. Lenyekkan bawang putih di dalam minyak tadi dan sapukan didada untuk legakan pernafasannya. Bawang putih memang sangat terkenal dengan sifatnya yang tinggi antioksidan yang boleh membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.

 Image result for minyak bawang putih

4. KUNYIT

Kunyit sememangnya terkenal dengan antibiotik semulajadi selain bawang putih. Tumbuk sedikit kunyit hidup, sapukan di dahi dan batang hidung anak. InsyaAllah selsemanya akan mengering.

5. MANDIAN LEMON

Letakkan hirisan lemon dalam air mandi bayi. Baunya dipercayai dapat membantu mengeringkan hingus bayi dan aromanya juga menenangkan.


6. GARLIC SOCKS

Bakar bawang putih, letakkan di dalam stokin anak (pastikan bawang putih yang telah dibakar tidak terkena direct dengan kulit tapak kaki anak).

7. HABBATUS SAUDA DAN MINYAK ZAITUN

Goreng biji habbatus sauda tanpa minyak, kemudian tambah minyak zaitun. sapukan ke dada anak. Bagus untuk batuk dan melancarkan sistem penafasan anak.

8. CF-RUB BALM SEMULAJADI BAYI DARIPADA TASNEEM NATUREL

Selain itu, cara paling mudah dan selamat untuk kesan segera supaya pernafasan anak tidak tersumbat ialah dengan menyapu balm CF-Rub pada dada, hidung, tulang belakang, dan tapak kaki anak-anak. Sapu 2 kali sehari selepas mandi, anak akan dapat tidur lama dan berasa selesa walaupun masih dalam kedaan tidak sihat. Balm CF-Rub mampu mencairkan kahak, dan akan keluar bersama najis atau muntah bayi. Selain itu, CF-Rub ini juga membantu mengawal suhu anak semasa demam. Sapu balm secara kerap, InshaAllah anak akan selesa. Sebarang maklumat lanjut bolehlah melawati page Tasneem Naturel Balm dan hubungi www.wasap.my/60195220733/tasneembabycare

 


Di samping kita berikhtiar, jangan lupa untuk berdoa semoga Allah memberi kesembuhan buat si kecil kita. Jika mereka sihat dan gembira, itulah yang akan membantu perkembangan baik mereka dikemudian hari.

Image may contain: one or more people and text


Comments