Cara Meransang Kemahiran Si Kecil dengan Bermain Bersama


Cara Meransang Kemahiran Si Kecil


Permainan apakah yang sesuai untuk saya bermain bersama dengan anak berusia 1 tahun?

Kanak-kanak berusia 1 tahun sudah berkebolehan untuk bercakap sepatah dua perkataan, memberi isyarat untuk menunjukkan kemahuannya, bertateh dengan sokongan penjaga, dan juga melangkah satu atau dua tapak sendiri tanpa bantuan. Dia juga sudah pandai mencuri perhatian ibu bapanya untuk jangka masa yang pendek, iaitu sebagai cara untuk belajar mengekspresi keperluannya dan mengekplorasi dunia disekelilingnye. Ibu bapa perlulah memberikan galakan dan juga merangsang perkembangan anak-anak ini dengan bermain bersama mereka seperti:

1) Bermain 'cak-cak' (peek-a-boo)

Ini adalah satu permainan yang sangat mudah, boleh dimainkan bila-bila masa dan dimana-mana sahaja. Gunakan segala peluang yang ada untuk menggalakkan anak-anak bermain cak-cak di dalam dan di luar rumah. Sebagai contoh, sorokkan barang permainan kegemarannya di bawah selimut atau tuala dan menyuruhnya mencari barang tersebut; ataupun ibu boleh menyorok di belakang tempat duduk dan munculkan diri berkali-kali dari belakang. Permainan ini akan mengajar si kecil bahawa walaupun dia tidak dapat melihat anda atau objek kegemarannya, itu tidak bererti ianya tiada atau pun hilang. Ibu ayah juga boleh mencuba pelbagai cara lagi seperti menyorokkan anggota badan seperti kaki, kepala, tangan di bawah selimut dan sebagainya. Sambil bertanya kepada si kecil " mana tangan mama?" atau "mana kaki papa?" Ini dapat meningkatkan perbendaharaan kata anak-anak dan menarik perhatiannya.



2) Menyanyi dan membuat gaya

Nyanyikan lagu kanak-kanak seperti Tepuk Amai-amai; Twinkle, Twinkle Little Star; If You're Happy and You Know It; Didi and Friends dan sebagainya sambil membuat gaya di depan si kecil. Ini perlahan-lahan akan menggalakkan si kecil anda meniru aksi dan gaya tersebut. Ibu ayah juga boleh membantu dengan memegang tangan sekecil anda untuk membuat aksi dan gaya berkenaan sambil menyanyi lagu kegemarannya. Jika dilakukan berterusan dan diulangi setiap hari, anak-anak anda pasti akan dapat mencubanya sendiri tanpa meniru gaya dan aksi anda. Anda juga boleh cuba membuat kelainan pada gaya suara, intonasi, dan kelajuan menyanyi. Untuk menggalakkan lagi si kecik ketawa mengekek, wujudkan kelucuan pada wajah anda juga! Permainan ini membantu untuk meningkatkan perhatian anak-anak, meningkatkan koordinasi mata-tangan (keupayaan untuk menggunakan deria penglihatan dan sentuhan secara serentak untuk menghasilkan pergerakan badan), dan juga menyerapkan peningkatan bahasa. Jangan lupa untuk merakam video detik-detik manis berharga yang menarik ini.

3) Permainan ketika mandi

Masa mandi anak-anak yang menjadi rutin setiap hari boleh ditukarkan kepada sesuatu yang kreatif dan menyeronokkan untuk mengajar si kecil anda beberapa konsep seperti perlahan-laju; kering-basah; tenggelam-timbul; dan sebagainya. Ibu bapa perlu menyediakan cawan plastik, itik, atau permainan bot kecil untuk anak-anak. Tunjukkan cara menggunakan permainan tersebut dengan menggunakan perkataan/ konsep yang sesuai. Galakkan anak-anak meniru perbuatan anda sambil mempelbagaikan intonasi suara. Kemudian biarkan dan perhatikan wajah si kecil anda bermain dengan gembira sambil ketawa.


 

Permainan apakah yang sesuai untuk saya bermain bersama dengan anak berusia 2-3 tahun?

 Umur di antara 2-3 tahun anak-anak telah menunjukkan kebolehan bercakap dalam purata 3-4 perkataan dalam satu ayat.  Mereka sudah pandai mengikut arahan dan juga mula bertanya pelbagai soalan 'kenapa' dan 'di mana'. Si kecil juga sudah pandai berjalan laju dan juga berlari. Pada peringkat ini, agak sukar kepada setengah ibu bapa untuk memantau anak-anak di taman permainan. Jadi apakah permainan yang sesuai dan menarik untuk anak-anak aktif ini?

1) Bermain olok-olok (Pretend play)

Anda mungkin boleh menggunakan barang rumah lama atau yang sudah tidak digunakan,  pakaian, dan kotak besar sebagai prop untuk menggalakkan bermain olok-olok dengan si kecil. Biarkan anak anda mengetuai dan menguruskan permainan tersebut. Tugas ibu bapa hanyalah menggalakkannya supaya permainan olok-olok itu menjadi lebih kreatif dan interaktif. Bermain adalah keutamaan bagi kanak-kanak dan bermain olok-olok membolehkannya untuk mencuba pelbagai pengalaman yang berbeza dalam keadaan dan persekitaran yang selamat dan terlindung dari bahaya. Bermain olok-olok sambil bercerita menggalakkan serta meningkatkan ekspresi bahasa, pemikiran abstrak dan deria perspektif anak-anak yang lebih baik.


2) Persembahan muzikal

Jika anda berminat untuk mencungkilkan bakat si kecil anda dalam bidang muzikal, ibu bapa haruslah menyediakan sebuah pentas mini muzikal di rumah. Hanya dengan menggunakan periuk dan kuali terpakai, chopstick, serta bekas plastik dan kertas sebagai alat muzikal. Aktiviti ini bukan hanya menghilangkan rasa bosan tetapi juga menjadi aktiviti fizikal yang sihat. Ini menggalakkan anak-anak untuk mencipta irama muziknya tersendiri.

3) Awan Impian (Cloud dreamer)

Sementara terperangkap di dalam kesesakan trafik ataupun dalam perjalanan jarak jauh, anda dan juga si kecil boleh bermain permainan ini.Cabarannya adalah setiap orang perlu mencari awan yang berbentuk menarik berbanding awan-awan yang lain dan meneka bentuk awan tersebut. Ini akan merangsang mental yang baik dan dapat mengekpresikan pelbagai bahasa.

 

Permainan apakah yang sesuai untuk saya bermain bersama dengan anak berusia 4-5 tahun?

Ketika usia ini anak-anak anda sudah bersedia ke sekolah. Mereka boleh bertanya pelbagai soalan seperti 'apa', 'dimana', 'bila', 'siapa', dan 'kenapa'. Anak-anak akan lebih berasa ingin tahu dan menguasai semua permainan. Apakah permainan yang menyeronokkan dan sesuai kepada kanak-kanak yang baru memasuki alam persekolahan ini?

1) Simon says 

Permainan klasik ini menggalakkan kanak-kanak untuk menguasai kemahiran mendengar dengan teliti. Ibu bapa boleh menjadikan permainan ini untuk mendidik anak-anak untuk menilai arahan yang benar atau tidak benar. Kanak-kanak akan memahami bahawa dengan mendengar sepenuh perhatian adalah sangat penting untuk kejayaan. Untuk mendapat impak dan kesan yang maksimum, permainan mestilah dilakukan oleh 3 atau lebih pemain supaya pemenangnya boleh diiktiraf. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan permainan ini boleh cuba lawati website ni Simon says.

Image result for simon say

2) Kad Memori

Ini adalah permainan kad yang menggunakan kad pembelajaran seperti nombor, warna, abjad, haiwan atau sebarang karakter yang anak-anak gemari. Kocakkan kad dan tebarkan semua kad tersebut dengan membalikkan kad di bahagian belakang di atas meja. Setiap peserta perlu mengambil giliran untuk memilih dan menterbalikkan 2 daripada kad tersedut. Tujuannnya adalah untuk memadankan gambar yang sesuai. Pemenang ditentukan berdasarkan peserta yang dapat mengumpul padanan kad yang paling banyak. Ibu bapa boleh mengolah permainan dengan memadankan gambar kad dengan snek ataupun coklat. Sesiapa yang berjaya memadankannya, dia akan dapat ganjaran snek atau coklat berkenaan. Permainan ini mengajar si kecil untuk mengambil giliran dan merupakan cara yang menarik untuk meningkatkan keupayaan menumpukan perhatian dan ingatan kanak-kanak. Permainan ini juga dapat meningkatkan kebolehan anak-anak untuk mengelaskan objek-objek tertentu dengan betul.


 Image result for learning card games

3) Online games

Internet adalah salah satu alternatif yang menarik. Terdapat banyak laman sesawang yang baik dan percuma untuk anak-anak belajar konsep yang ringkas dan menarik. Tetapi ibu bapa diingatkan untuk memantau dan memberikan had masa kepada anak-anak untuk melayari internet.

 

- Selamat beraktiviti dengan anak-anak -

Comments