Gejala Covid Anak 7 Tahun

    



Sejak negara kita dilanda Covid 19 pada tahun 2020, syukur alhamdulillah mama sekeluarga terselamat dari sebarang jangkitan. Sehinggalah 1 Mac 2022 famili mama mengalami sendiri pengalaman dijangkiti Covid. Bermula dengan anak ke dua mama, Fayyadh disahkan positif covid selepas mama buat ujian kit kendiri covid di rumah. Berpunca dari mana tu tak penting, yang penting adalah macam mana nak handle anak berusia 7 tahun ni bila disahkan covid.

    First time kena dalam family sendiri mestilah risaukan. Namun, syukur Alhamdulillah gejala covid sekarang ni kurang berbahaya berbanding Covid sebelum ni. Mungkin disebabkan faktor mutasi virus itu sendiri kesannya tak seteruk dulu. Hanya pesakit yang mempunyai masalah kesihatan yang akan menerima risiko gejala yang lebih teruk.  Walaubagaimanapun, semua orang perlu berhati-hati dan terus mengamalkan SOP supaya tidak dijangkiti. Tambahan pula, virus ini sekarang lebih mudah menjangkiti kanak-kanak berbanding orang dewasa.

    Simptomnya bermula apabila Fayyadh mula rasa tak selesa tekaknya (28 Feb 2022), sesekali dia berdehem ringan, tanpa batuk. Kemudian sehari selepas itu, petang 1 Mac 2022 tiba-tiba Fayyadh bagitau mama badan die terasa panas tak selesa. Mama pun terus mandikan Fayyadh. Lepas mandi Fayyadh rasa lebih selesa seperti biasa, so mama tak syak apa-apa sebab cuaca memang agak panas pada hari tersebut. Fayddah masih mengadu tekaknya tak selesa. Malam semasa magrib, badan Fayyadh mula panas, mama ingat Fayyadh demam biasa jadi mama bagi Fayyadh makan Panadol kanak-kanak warna pink tu yang memang ada di rumah. Dua tiga kali juga percubaan Fayyadh telan Panadol tu tapi tak berjaya. Selepas Isyak, mama rasa dahi dan leher Fayyadh semakin panas. Suhu pun sudah hampir 38.5 darjah celcius. Mama dan papa bertambah risau bila anak demam dan decide bawa Fayyadh ke klinik waktu tu jugak. Walaubagaimanapun, kami tak bernasib baik sebab klinik-klinik dah pun tutup. Sejak Covid melanda kebanyakan klinik swasta 24 jam memang hanya beroperasi sehingga jam 9 malam. Mama hanya sempat bertanya staf di klinik, mereka galakkan buat ujian covid kendiri dahulu sebelum berjumpa doktor untuk rawatan. Jadi kami pun ke 7-eleven untuk membeli kit ujian kendiri covid.

    Sampai di rumah, mama terus buatkan ujian kendiri Covid untuk Fayyadh. Berdebar-debar juga rasa. Akhirnya result menunjukkan positif walau linenya samar-samar. Mahu tak mahu memenag tiada cara lain, mama memang kena jaga Fayyadh. Nak kuarantinkan Fayyadh sendiri memang tidak mungkin kanak-kanak berumur 7 dapat jaga diri sendirikan. Jadi mama tawakal untuk jaga Fayyadh. Walau mama pregnant 35 weeks masa ni sambil amalkan SOP apa yang perlu. Sebagai langkah berjaga-jaga mama tidur jarak dengan Fayyadh,sentiasa memakai mask dan hand sanitizer. Malam tu memang mama tak dapat tidur sebab badan Fayyadh memang panas. Setiap 2 jam mama akan mandikan Fayyadh. Jika tidak Fayyadh akan meracau-racau macam tak waras. Risau betul dibuatnya. Panadol pun susah nak makan. Sambil-sambil tu mama sapukan balm CF-Rub dan urut badan Fayyadh dengan Resty Oil untuk bantu turunkan suhu dan melegakan sakit-sakit badan Fayyadh.


Keputusan ujian kit kendiri Fayyadh

    Esok pagi mama cuba bawa Fayyadh ke klinik kesihatan (KK) yg berdekatan. Cadangnya nak buat swap test untuk confirmkan result positif semalam. Tetapi KK berdekatan tiada menyediakan perkhidmatan tersebut (mama dan papa tak tahu sebab baru pindah di kawasan ni). Mereka mencadangkan untuk hubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) untuk pertanyaan lebih lanjut. Staf klinik juga hanya nasihatkan untuk kuarantin sendiri sahaja di rumah, sebab memang sudah sah positif jika ujian kendiri menunjukkan 2 line. Ubat pulak mereka memang tidak sediakan untuk pesakit Covid jadi mama cari inisiatif sendiri untuk beli ubat di klinik swasta. Ubat di klinik swasta pun hanya cover insuran apabila berjumpa dengan doktor untuk rawatan. Jika dah positif memang tidak boleh berjumpa dengan doctor. Jadi terpaksalah beli sendiri ubat yang perlu di klinik swasta tersebut. Mana-mana klinik pun dah tak terima untuk sebarang checkup sebab dah positif ya. Hanya disarankan kuarantin di rumah, update my sejahtera, makan ubat demam, batuk dan sakit tekak. Jika bergejala serius baru akan dihantar ke pusat rawatan dan kuarantin sepatutnya. Mama, papa, dengan Firas pun kena kuarantin sama sebab contact rapat dengan Fayyadh.


Panadol pink, paracetamol cecair untuk kanak-kanak, dan balm CF-Rub yang mama sediakan untuk Fayyadh semasa demam

Alhamdulillah Fayyadh hanya demam panas selama 2 hari. Mama bersyukur juga sebab gejala Fayyadh tak teruk sangat. Masih ada selera makan sebab Fayyadh tak sakit tekak dan batuk. Hanya rasa tak selesa sedikit di tekak dan dia hanya berdehem sahaja untuk hilangkan rasa tidak selesa tersebut. Hari ketiga Fayyadh dah beransur sihat. Hari keempat badan Fayyadh dah tak panas langsung. Dah sihat seperti sedia kala Alhamdulillah…

 Selain CF-Rub mama juga sapukan Resty Oil kat badan Fayyadh untuk rilekskan badan Fayyadh dan mandikan dengan CF-Bath untuk bantu turunkan suhu badan


Untuk ibu bapa diluar sana, dinasihatkan agar lebih berhati-hati dengan anak-anak. Pastikan anak-anak sentiasa memakai mask, membasuh tangan dan menggunakan hand sanitizer jika hendak keluar rumah. Berikut adalah antara gejala lain yang biasa kanak-kanak hadapi jika dijangkiti untuk rujukan:

Comments