Brain Gym

Brain Gym


No photo description available.

Apa itu BRAIN GYM @ SENAM OTAK ???

Merupakan salah satu cara untuk mengaktifkan otak tengah supaya mencapai keseimbangan di antara otak kanan dan kiri yang dibincangkan sebelum ini.
'Brain Gym' atau 'Senam Otak' adalah suatu rangkaian aktiviti yang dipercayai dapat merangsangkan pemikiran secara menyeluruh, membina sikap positif, meningkatkan kecergasan dan yang paling penting sekali 'Brain Gym' dapat mengimbangkan perkembangan kanak-kanak dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan terutamanya dari segi pengetahuan Sains dan Matematik.
Terdapat 26 gerakan dan 3 dimensi otak yang terlibat iaitu; sisi, fokus dan pemusatan. Senang sahaja gerakannya. Mungkin sebelum ini gerakan-gerakan tersebut pernah anda lakukan tetapi anda tidak tahu bahawa gerakan itu adalah senaman otak😉. Jom kita buat dengan anak-anak bersama-sama !!!

Gerakan Brain Gym 

Berikut adalah beberapa contoh gerakan Brain Gym yang anda boleh lakukan:

 Image may contain: one or more people and text

Umumnya, gerakan braingym ini adalah untuk mengatasi masalah anak-anak yang susah belajar dan menumpukan perhatian. Masih ingatkan lagi jika otak tengah diaktifkan kita dapat meningkatkan konsentrasi, meningkatkan daya ingatan, meningkatkan gerakan kinetik, dan mengimbangkan emosi.


Cre: Pn Wardah Binti Abdul Rahman

Comments